Banjir: Tentera bina jambatan sementara

Banjir: Tentera bina jambatan sementara

PASUKAN 8 Skuadron Rejimen Askar Jurutera Diraja Tentera Darat Malaysia (TDM) sedang melakukan kerja-kerja pembinaan jambatan sementara sepanjang 18.29 meter di Sungai Tiram.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

 

JOHOR BAHRU: Pasukan 8 Skuadron Rejimen Askar Jurutera Diraja Tentera Darat Malaysia (TDM) sedang melakukan kerja-kerja pembinaan jambatan sementara sepanjang 18.29 meter di Sungai Tiram, di sini.

 

Tentera Darat dalam kenyataan memberitahu, kerja pembinaan jambatan Compact Bailey 100 itu telah mencapai tahap kemajuan 73 peratus dan tempoh pembinaan mengambil masa kurang 48 jam.

 

“Pembinaan jambatan tersebut akan menghubungkan semula laluan antara Sungai Tiram ke Kampung Bukit Dagang. 

 

“Jambatan dan jalan itu merupakan satu-satunya laluan keluar masuk dari Sungai Tiram ke Kampung Bukit Dagang, Kampung Pasir Salam, Kampung Seri Perdana dan NIRVANA,” katanya.

 

Pada 23 Mac lalu, struktur jambatan asal runtuh disebabkan banjir  yang melanda Johor baru-baru ini.

 

Jambatan tersebut merupakan penghubung kepada 1,040 penduduk daripada 260 keluarga untuk keluar masuk ke kampung mereka.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya