Banjir kian buruk, 893 mangsa terjejas

Banjir kian buruk, 893 mangsa terjejas

ANGGOTA bomba memindahkan mangsa banjir di Kampung Laut, Skudai, malam tadi.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Keadaan banjir di negeri ini semakin buruk apabila dua lagi daerah terjejas,  iaitu Kulai dan Pontian selepas Johor Bahru, malam tadi.

Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Tan Sri Dr. Azmi Rohani berkata, setakat pukul 8 pagi ini, sebanyak 10 PPS dibuka dengan enam di Johor Bahru serta masing-masing dua di Kulai dan Pontian.

Setakat ini, seramai 893 mangsa daripada 257 keluarga ditempatkan di semua PPS tersebut.

“Johor Bahru setakat ini yang teruk terjejas dengan 567 mangsa daripada 165 keluarga dipindahkan ke PPS, diikuti Kulai dengan merekodkan 269 mangsa daripada 76 keluarga.

“Pontian pula mencatatkan jumlah 57 mangsa daripada 16 keluarga yang juga penduduk Kampung Paya Embun, Kampung Pak Karib, Kampung Melayu Raya, Kampung Seri Meranti dan Kampung Parit Sikom yang kini dipindahkan ke PPS,” katanya hari ini.

Azmi yang juga Setiausaha Kerajaan Negeri berkata, data Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) masih tidak mengeluarkan sebarang amaran ribut petir, namun masih dengan amaran hujan lebat berterusan tahap buruk di enam daerah, iaitu Johor Bahru, Kluang, Mersing, Pontian, Kulai dan Kota Tinggi yang dijangka berlaku sehingga esok.

“Sementara itu, amaran hujan berterusan tahap waspada membabitkan daerah Tangkak, Segamat, Muar dan Batu Pajat, juga dijangka sehingga esok,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya