JOHOR BAHRU: Keadaan banjir di negeri ini hampir pulih apabila hanya seramai 1,853 mangsa yang masih ditempatkan di 20 pusat pemindahan sementara (PPS) sehingga pukul 8 pagi ini.
Jumlah itu berkurangan berbanding seramai 2,455 mangsa yang direkodkan pada pukul 4 petang, semalam.
Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri, Tan Sri Dr. Azmi Rohani berkata, lima daerah kekal terjejas dengan Johor Bahru masih merekodkan mangsa paling ramai, iaitu 680 mangsa di lima PPS.
“Ini diikuti Batu Pahat dengan 621 mangsa, Pontian (410), Kluang (74) dan Kota Tinggi (68). Jabatan Meteorologi tidak mengeluarkan sebarang amaran ribut petir atau hujan lebat berterusan sepanjang hari ini,” katanya sini hari ini.
Semua sungai menunjukkan paras normal kecuali dua yang berada pada paras amaran, iaitu Sungai Senggarang di Batu Pahat dan Sungai Ayer Hitam di Pontian. – UTUSAN