Banjir Johor: KPM kumpul data sekolah terjejas

Banjir Johor: KPM kumpul data sekolah terjejas

FADHLINA Sidek menyampaikan sumbangan hari raya kepada 320 pelajar sekolah rendah sekitar putrajaya pada Majlis Penyerahan Bantuan Hari Raya di AEON BiG Alamanda Putrajaya. - UTUSAN/FAIZ ALIF ZUBIR
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Kementerian Pendidikan (KPM) kini sedang mengumpul data mengenai institusi pendidikan termasuk sekolah yang terjejas banjir di Johor.

Menterinya, Fadhlina Sidek berkata, data itu penting bagi menyelaras usaha membaik pulih sekolah-sekolah terjejas.

Beliau berkata, pihaknya akan memastikan bahawa sekolah-sekolah terjejas mendapat bantuan penyelenggaraan dengan segera.

“Usaha baik pulih dan penyelenggaraan itu bertujuan memastikan suasana kondusif dapat kita laksanakan untuk pembelajaran anak-anak,” katanya ketika ditemui selepas menyempurnakan Majlis Penyerayan Bantuan Hari Raya Sekolah-Sekolah Rendah di AEON BiG Alamanda Putrajaya, hari ini.

Pada masa sama, Fadhlina berkata, sebanyak RM26.4 juta telah diperuntukkan bagi membaik pulih sekolah di Kedah, Kelantan, Terengganu, Sabah dan Sarawak yang rosak akibat banjir pada Disember lalu.

Media sebelum ini melaporkan, Sebanyak tujuh buah sekolah di Johor Bahru, Kota Tinggi dan Pasir Gudang ditutup pada Jumaat, selepas kawasan sekolah dinaiki air.

Selain itu, sebanyak 47 sekolah pula dijadikan pusat pemindahan sementara (PPS) membabitkan daerah Johor Bahru, Kulai, Pontian, Kota Tinggi, Kluang dan Pasir Gudang. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya