Banjir Johor: 10,763 mangsa ditempatkan di 98 PPS

Banjir Johor: 10,763 mangsa ditempatkan di 98 PPS

MENTERI Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi melawat mangsa banjir yang ditempatkan di salah sebuah PPS di Iskandar Puteri.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Jumlah mangsa banjir di negeri ini terus merekodkan peningkatan apabila seramai 10,763 mangsa ditempatkan di 98 pusat pemindahan sementara (PPS) setakat pukul 8 pagi ini.

Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri, Tan Sri Dr. Azmi Rohani berkata, jumlah itu meningkat lebih dua kali ganda berbanding seramai 3,694 mangsa direkodkan pada pukul 8 malam semalam.

Katanya, jumlah mangsa terkini itu melibatkan 3,018 buah keluarga di lima daerah yang terjejas.

“Johor Bahru merupakan daerah paling terjejas dengan seramai 4,291 mangsa diikuti Kluang  dengan 2,163 mangsa, Kota Tinggi (1,762), Pontian (1,395) serta Kulai (1,152). 

“Kejadian banjir yang berlaku ekoran hujan lebat sejak dua hari lalu bagaimanapun tidak melibatkan sebarang kecederaan atau kematian,” katanya dalam kenyataan hari ini.

.Dua laluan ditutup sepenuhnya bagi semua jenis kenderaan, iaitu Jalan Lukut Cina dan Jalan Mawai Lama, kedua-duanya di Kota Tinggi,.

Jabatan Meteorologi memaklumkan amaran hujan lebat berterusan masih dikeluarkan bagi daerah Johor Bahru, Kulai, Kota Tinggi, Pontian, Mersing dan Kluang hari ini. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya