Banjir: Dua sekolah masih ditutup, laksana PdPR

Banjir: Dua sekolah masih ditutup, laksana PdPR

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Dua buah sekolah di negeri ini terpaksa melaksanakan pengajaran dan pembelajaran di rumah (PdPR) ekoran mengalami kerosakan teruk akibat banjir, baru-baru ini.

Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan dan Penerangan Johor, Aznan Tamin berkata, dua sekolah tersebut ialah Sekolah Kebangsaan (SK) Kangkar Tebrau dan SK Maju Jaya di sini.

Kedua-dua sekolah terbabit mengalami pelbagai kerosakan dan kehilangan harta melibatkan kerugian lebih RM100,000.

“Sejak banjir melanda Johor, Khamis lalu, lapan buah sekolah terjejas sehingga mengganggu proses pembelajaran murid dan pelajar, namun enam daripadanya telah beroperasi semula.

“Walau bagaimanapun, bagi dua sekolah yang masih ditutup, proses PdPR akan dilaksanakan bagi minggu akhir persekolahan sebelum cuti Aidilfitri. Kita akan lakukan kerja baik pulih bagi membolehkan proses persekolahan berjalan seperti biasa selepas cuti,” katanya pada Majlis Berbuka Puasa Mahasiswa Anak Johor di Cendana Event Space, semalam.

Majlis berkenaan bertujuan meraikan seramai 200 mahasiswa negeri ini yang menuntut di pelbagai institusi pengajian tinggi (IPT) di seluruh negara.

Tambah Aznan, Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) berharap bencana banjir baru-baru ini tidak menjejaskan tumpuan pelajar dalam meneruskan sesi persekolahan mereka.

“Memang ada pihak terkesan, tetapi kita lakukan yang terbaik bagi memastikan sesi persekolahan berjalan lancar. Walaupun ada sekolah perlu laksanakan PdPR, namun kita sudah biasa dengan kaedah itu selepas pandemik Covid-19 lalu,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya