Banjir: Dua PPS dibuka di Negeri Sembilan

Banjir: Dua PPS dibuka di Negeri Sembilan

KEADAAN PPS yang dibuka di Balairaya Kampung Segenting, Port Dickson.-UTUSAN/MOHD. SHAHJEHAN MAAMIN.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PORT DICKSON: Sebanyak dua buah pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka di daerah ini susulan banjir pagi tadi.

Dua PPS yang menempatkan 56 orang mangsa terjejas itu adalah di Balairaya Kampung Sawah Sunggala dan Balairaya Kampung Segenting.

Menurut Pegawai Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Port Dickson, Kapten (PA) Mohd. Azri Abu Hassan, ketika ini hujan masih dan air laut menunjukkan trend bergerak pasang.

“Punca kejadian adalah disebabkan hujan lebat melebihi tiga jam dan semua agensi terlibat kini masih memantau perkembangan banjir serta penempatan di PPS,” katanya.

Sementara itu, hasil tinjauan sehingga pukul 2 petang ni, air banjir belum surut sepenuhnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya