Banjir di Johor semakin reda, Kulai pulih sepenuhnya 

Banjir di Johor semakin reda, Kulai pulih sepenuhnya 

Exco Kerajaan Negeri, Datuk Mohd. Jafni Md. Shukor melawat mangsa banjir di PPS Dewan Kampung Baru Sengkang, Kulai
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Keadaan banjir di negeri ini semakin pulih apabila 5,643 penduduk daripada 1,488 keluarga dibenarkan pulang ke rumah masing-masing sejak pagi hingga 6 petang tadi.

Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri, Tan Sri Dr. Azmi Rohani berkata, daerah Kulai yang menempatkan 1,531 mangsa banjir sebelum ini telah pulih sepenuhnya.

“Cuaca baik sejak pagi membolehkan 47 pusat pemindahan sementara (PPS) ditutup di daerah yang terjejas,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Setakat 6 petang, seramai 7,446 penduduk daripada 2,261 keluarga masih ditempatkan di 48 PPS yang masih beroperasi.

Jumlah mangsa di Johor Bahru berkurang kepada 3,658 orang selepas 12 PPS ditutup, sementara di Kluang dan Pontian, angka penduduk yang masih terkesan masing-masing menurun kepada 1,793 dan 1,551 orang.

Kota Tinggi hampir pulih dengan hanya dua PPS menempatkan 108 penduduk, namun Batu Pahat mencatat peningkatan kepada 336 mangsa di dua PPS.

Sementara itu, hanya Sungai Kahang di Kluang masih berada di paras bahaya, manakala tiga jalan utama masih terputus hubungan akibat banjir. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya