Banjir di Johor semakin pulih

Banjir di Johor semakin pulih

ANGGOTA sukarelawan melakukan kerja-kerja pembersihan pasca banjir di Masjid Taman Tampoi Utama, Johor Bahru, Johor.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Keadaan banjir di Johor semakin pulih dengan seramai 4,597 mangsa masih berada di 29 pusat pemindahan sementara (PPS) yang masih dibuka, setakat pukul 4 petang ini.

Jumlah itu merupakan pengurangan berbanding seramai 6,911 mangsa pada pukul 8 pagi, tadi.

Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN), Tan Sri Dr. Azmi Rohani berkata, jumlah mangsa banjir ketika ini melibatkan sebanyak 1,481 buah keluarga.

“Johor Bahru kekal daerah paling terjejas dengan seramai 3,043 mangsa di 13 buah PPS. Jabatan Meteorologi mengeluarkan amaran ribut petir di Tangkak, Muar, Batu Pahat, Kluang, Pontian dan Johor Bahru namun tidak mengeluarkan sebarang amaran hujan lebat berterusan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Tambah beliau, hanya satu sungai di negeri ini masih menunjukkan tahap paras air bahaya iaitu Sungai Kahang di Kluang.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya