Banjir di Johor hampir pulih

Banjir di Johor hampir pulih

PEKERA syarikat konsesi pembersihan awam, mengutip sisa pukal banjir di Taman Tampoi Indah, Johor Bahru, Johor.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Cuaca cerah sejak beberapa hari lalu memulihkan situasi banjir di negeri ini apabila kurang 1,000 penduduk masih ditempatkan di 10 pusat pemindahan sementara (PPS) yang dibuka.

Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri, Tan Sri Dr. Azmi Rohani berkata, hanya dua daerah yang masih terjejas, iaitu Batu Pahat dan Pontian manakala Johor Bahru, Kluang dan Kota Tinggi telah pulih sepenuhnya hari ini.

“Hingga pukul 2 petang ini, jumlah mangsa banjir yang direkodkan adalah seramai 918 orang daripada 276 keluarga di 10 buah PPS.

“Daripada jumlah itu, 619 orang melibatkan 192 keluarga di lima PPS di Batu Pahat dan selebihnya berada di daerah Pontian,” katanya dalam kenyataan, di sini.

Azmi juga Setiausaha Kerajaan Negeri berkata, seramai 680 penduduk daripada 152 keluarga di Johor Bahru telah pulang ke rumah masing-masing setelah lima PPS di daerah itu ditutup hari ini.

Seramai 74 penduduk daripada 27 keluarga di dua PPS di Kluang dan 68 penduduk daripada 21 keluarga di Kota Tinggi juga sudah pulang ke rumah masing-masing. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya