Awas gula-gula bentuk vape, rokok

Awas gula-gula bentuk vape, rokok

N.V SUBBAROW menunjukkan contoh gula-gula berbentuk peranti vape, rokok dan jarum suntikan yang kini membanjiri pasaran tempatan.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GEORGE TOWN: Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) memberi amaran mengenai kemunculan gula-gula berbentuk peranti vape dan rokok yang kini membanjiri pasaran tempatan.

Perkara itu sekali gus me­nimbulkan kebimbangan terhadap normalisasi tabiat merokok dalam kalangan kanak-kanak seawal usia tiga tahun.

Pegawai Pendidikan CAP, N. V. Subbarow berkata, trend itu semakin membimbangkan kerana produk berkenaan menyerupai alat vape dan rokok sebenar serta berupaya menarik perhatian kanak-kanak melalui rekaan pelbagai warna.

“Apabila kanak-kanak melihat produk ini di kedai, mereka akan meminta ibu bapa untuk membeli tanpa menyedari bahaya di sebaliknya.

“Sekali mereka tertarik, mereka akan terus meminta untuk mendapatkan gula-gula ini berulang kali,” katanya di sini semalam.

Menurut Subbarow, corak dan reka bentuk gula-gula itu juga boleh mendorong kanak-kanak untuk meniru tabiat merokok apabila mereka meningkat usia.

Katanya, lebih membimbangkan, ada gula-gula yang direka dalam bentuk jarum suntikan, menyerupai picagari yang sering dikaitkan dengan penyalahgunaan dadah.

“Gula-gula ini bukan sekadar manisan biasa, tetapi boleh menjadi permulaan kepada ketagihan vape dan rokok. Ibu bapa mungkin tidak menyedari risiko ini dan membelinya untuk menenangkan anak-anak mereka,” katanya.

Tambah Subarrow, fenome­na itu bukan sahaja membahayakan kesihatan malah boleh membentuk tabiat me­rokok dalam kalangan gene­rasi muda. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya