Aset Tabung Haji catat keuntungan keuntungan, hasil sewa ikut pasaran - Utusan Malaysia

Aset Tabung Haji catat keuntungan keuntungan, hasil sewa ikut pasaran

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Dua aset Lembaga Tabung Haji (Tabung Haji) yang diletakkan dibawah syarikat bertujuan khas (SPV)  mencatatkan keuntungan operasi kukuh dan disokong hasil sewaan mengikut pasaran berdasarkan kontrak perjanjian sewaan jangka sederhana serta panjang.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Dr. Zulkifli Hasan berkata, LTH 2 dan LTH 3 merupakan pemegang hartanah berkualiti tinggi yang terletak secara strategik  London dengan kadar penghunian yang baik dan pulangan pendapatan sewa  menguntungkan berdasarkan kadar pasaran.

Justeru katanya, langkah untuk mengukuhkan prestasi adalah untuk mendapatkan kepelbagaian penyewa yang akan menyokong pulangan stabil dan mampan walaupun berlaku perubahan nilai hartanah dalam jangka masa pendek.

“Pelaburan hartanah adalah pelaburan jangka panjang yang memberikan pulangan yang stabil dan mampan.

“Pulangan adalah dalam bentuk pendapatan sewaan dan juga keuntungan modal apabila hartanah dijual pada nilai yang bersesuaian,” katanya.

Beliau berkata demikian bagi menjawab persoalan yang dikemukakan Datuk Awang Hashim (PN-Pendang) ketika persidangan Dewan Rakyat kelmarin berhubung status anak syarikat Tabung Haji dalam pelaburan hartanah di United Kingdom (UK).

Menurut Zulkifli lagi, kerugian yang dicatat kedua-dua syarikat SPV ini adalah kerugian tidak realis (book loss) kesan penurunan nilai semasa hartanah. 

Menurutnya, kerugian tersebut dijangka bersifat sementara kerana nilai hartanah di UK berubah mengikut kadar permodalan yang didorong oleh pergerakan kadar faedah dan kadar inflasi di UK. 

“Kadar inflasi yang tinggi akan mendorong kepada kadar faedah yang tinggi selari dengan usaha yang diambil oleh Bank of England dalam mengawal kadar inflasi, seterusnya akan menyebabkan Cap Rate meningkat dan akibat daripada ini adalah penurunan nilai hartanah.

“Sebelum sesuatu pelaburan dilakukan TH, baik di dalam negeri mahupun di luar negera, TH akan menjalankan kajian kebolehlaksanaan (feasibility study) sebelum sesuatu pelaburan tersebut dibuat.  Kajian kebolehlaksanaan ini dilakukan oleh perunding dan konsultan bertauliah,” jelasnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya