ASEAN: Malaysia mahu tetapkan piawaian baharu tadbir urus global

ASEAN: Malaysia mahu tetapkan piawaian baharu tadbir urus global

ANWAR Ibrahim diiringi Mohamad Hasan beramah mesra dengan delegasi asing ketika hadir pada Majlis Berbuka Puasa anjuran Kementerian Luar Negeri di Wisma Putra, Putrajaya. - UTUSAN/FAISOL MUSTAFA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Malaysia berhasrat menetapkan piawaian baharu dalam tadbir urus global berteraskan nilai keterangkuman serta kepelbagaian susulan peranannya sebagai Pengerusi ASEAN 2025.

Pada masa sama, Menteri Luar, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, Malaysia juga komited memperkasa keutamaan ASEAN, dengan rakyat sebagai teras kepada segala usaha diilhamkan daripada nilai dan prinsip Malaysia Madani.

“Walaupun pelbagai mesyuarat diadakan merangkumi tiga tonggak Komuniti ASEAN sejak beberapa bulan lalu, kita terus giat bekerja dan bersiap sedia untuk persidangan yang lebih besar pada bulan mendatang,” katanya ketika berucap pada Majlis Berbuka Puasa Perdana Menteri Bersama Warga Kementerian Luar di sini, hari ini.

Katanya, Malaysia juga menghargai kerjasama semua rakan kongsi dalam memastikan Kepengerusian Malaysia memberi manfaat kepada komuniti ASEAN dan global.

Mohamad berkata, prinsip keterangkuman dan kelestarian mencerminkan aspirasi negara untuk membina ASEAN yang bersatu dan lebih makmur. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya