Arwah mahu masakkan untuk kami, tapi tidak sempat - Eizlan Yusof - Utusan Malaysia

Arwah mahu masakkan untuk kami, tapi tidak sempat – Eizlan Yusof

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Pelakon, Datuk Eizlan Yusof, sebak menceritakan hasrat terakhir arwah ibu, Ramlah Latif, yang mahu menyediakan masakan kegemaran anak-anak. 

Jelas Eizlan atau Idris bin Md. Yusof, 53, mereka melarang ibu melakukan kerja rumah seperti memasak sejak setahun lalu akibat masalah kesihatan. 

Namun begitu, arwah bertekad untuk sembuh pada tahun ini dan melepaskan rindu memasak lauk kesukaan anak-anak seperti wajik dan gulai masaklemak. 

Emak saya pandai masak makanan kegemaran kami adik-beradik. Dia tahu saya suka wajik. Setakat ini tiada siapa lagi boleh ‘pukul’ rasa wajik macam emak saya. Selain itu, masak lemak cili api dan rendang buatannya memang juara. 

“Selalunya malam raya saya belikan lemang, kami akan berkumpul waktu pagi satu keluarga. Tahun lepas dia sudah tidak sihat, jadi kami tidak benarkan dia memasak. 

“Tahun ini dia kata nanti kalau sudah sihat, dia mahu masakkan untuk kami semua. Tapi tidak sempat. 

“Saya masih okay hari ini, tapi nanti jika mahu menjelang hari raya, mungkin saya akan ‘koyak’,” katanya. 

 Eizlan ditemui Utusan Malaysia di majlis kesyukuran dan pelancaran filem Impak Maksima 2 di Saloma Bistro, semalam.

Pelakon itu menerima khabar duka pemergian ibu tercinta pada 24 Februari lalu selepas dimaklumkan oleh kakaknya. 

Ketika itu, penerima anugerah Asian Most Promising Actor Award di Festival Filem Art Chunsa ke-24 itu baru sahaja tiba ke Malaysia selepas menguruskan kerja di Jakarta. 

“Malam itu saya baru sahaja balik dari Jakarta dan bergegas uruskan sesi fotografi baju sehingga pukul tiga pagi. 

“Niat saya memang mahu berjumpa emak pada waktu melawat siang nanti. Tapi kakak telefon maklumkan emak sudah tiada. Emak meninggal mengejut sebab arwah tidak tunjukkan sebarang tanda-tanda.

“Saya bersyukur kerana urusan pengebumian dipermudah. Pukul lima petang semuanya sudah selesai. Terima kasih saya ucapkan kepada semua yang membantu,” jelasnya. 

Terdahulu, Eizlan memaklumkan berita pemergian ibunya di media sosial. Arwah meninggal akibat jangkitan kuman dan kencing manis membuatkan lukanya melarat. -UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya