Anwar turun padang seluruh negara sepanjang Ramadan

Anwar turun padang seluruh negara sepanjang Ramadan

ANWAR Ibrahim akan turun padang di seluruh negara sepanjang Ramadan bagi bertemu masyarakat serta memperkukuhkan kerjasama antara Kerajaan Persekutuan dan negeri.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim akan turun padang di seluruh negara sepanjang Ramadan bagi bertemu masyarakat serta memperkukuhkan kerjasama antara Kerajaan Persekutuan dan negeri.

Setiausaha Akhbar Kanan kepada Perdana Menteri, Tunku Nashrul Abaidah berkata, selain itu Perdana Menteri akan mengunjungi pelbagai kementerian untuk menyantuni penjawat awam diikuti dengan sesi tazkirah ringkas yang disampaikan oleh beliau sendiri serta penceramah jemputan. 

Katanya, Perdana Menteri melaksanakan Program Ihya’ Ramadan di kementerian-kementerian, yang mana program itu bertujuan menjadikan Ramadan sebagai madrasah rohani, bukan sahaja dalam aspek ibadah, tetapi juga pembentukan nilai dan akhlak dalam pentadbiran negara.

“Melalui program ini, nilai-nilai seperti kejujuran, disiplin, dan tanggungjawab dapat diperkukuh dalam kalangan penjawat awam, selaras dengan teras Kesejahteraan dalam gagasan Madani.

“Perdana Menteri juga telah bersetuju untuk turun ke beberapa negeri sepanjang bulan Ramadan bagi memperkukuh kerjasama antara Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri, selain bertemu masyarakat dalam Majlis Berbuka Puasa Madani,” katanya dalam taklimat harian Pejabat Perdana Menteri hari ini.

Katanya, butiran lanjut mengenai tarikh dan lokasi spesifik bagi setiap majlis akan diumumkan dalam masa terdekat melalui saluran rasmi kerajaan. 

“Pejabat Perdana Menteri menggalakkan semua rakyat untuk mengambil bahagian dalam majlis-majlis ini sebagai tanda kebersamaan dan perpaduan,” katanya.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya