Anwar seru Yayasan Karyawan manfaatkan AI perkasa karya agung

Anwar seru Yayasan Karyawan manfaatkan AI perkasa karya agung

ANWAR IBRAHIM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Yayasan Karyawan disaran memanfaatkan teknologi kecerdasan buatan (AI) untuk menghidupkan semula kandungan karya agung bagi memastikan ia kekal relevan dan lebih mudah diakses oleh generasi baharu.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan, kepentingan Yayasan Karyawan dalam usaha mengkaji, menerbit, dan mempromosikan karya agung Melayu serta karya-karya besar dari seluruh dunia dalam bahasa Melayu.

“Teknologi harus dimanfaatkan untuk memastikan karya agung terus relevan dan dapat dihayati oleh generasi baharu. 

“Kita juga boleh memperkenalkan semula program Hadiah Bahasa dengan kerjasama syarikat korporat bagi menggalakkan minat terhadap bahasa dan sastera Melayu,” katanya dalam hantaran di Facebook hari ini.

Menurut beliau lagi, Yayasan Karyawan perlu terus menjadi peneraju dalam memelihara sumber rujukan serta memastikan karya-karya agung ini dapat diakses lebih meluas, termasuk di semua sekolah dan universiti awam.

“Sempena ulang tahun ke-30 Yayasan Karyawan, usaha melipatgandakan promosi karya agung harus diperkukuhkan supaya ia dapat dibekalkan di semua jenis sekolah dan universiti awam, khususnya di fakulti berkaitan,” tambahnya.

Penubuhan Yayasan Karyawan bertujuan mengkaji dan menerbitkan Karya Agung Melayu, Karya Agung Dunia Melayu, serta Karya Agung Dunia dalam bahasa Melayu. 

Selain menerbitkan kesusasteraan tradisional dalam bahasa serumpun, yayasan ini turut menterjemahkan karya-karya agung dari pelbagai tamadun ke dalam bahasa Melayu. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya