BANGI: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menunaikan solat Jumaat bersama jemaah di Masjid Teras Jernang, Bandar Baru Bangi di sini, hari ini.
Beliau yang tiba kira-kira pukul 1.22 tengah hari disambut Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr. Mohd. Na’im Mokhtar.
Solat Jumaat yang diimamkan Ustaz Abdul Hafiz Azimer itu disertai lebih 2,000 jemaah.
Perdana Menteri bersama jemaah turut mendengar khutbah Jumaat bertajuk ‘Sentuhan Ramadan Dalam Zakat Fitrah’ disampaikan Ustaz Abdul Hafiz.
Isi khuthah itu mengingatkan jemaah supaya membayar zakat fitrah dengan segera tanpa menunggu saat akhir.
Selain itu, jemaah juga diingatkan supaya menunaikan kadar zakat fitrah mengikut kemampuan sebenar.
Selesai solat, Anwar meluangkan masa beramah mesra dan bergambar bersama jemaah yang hadir sebelum beredar meninggalkan masjid.-UTUSAN