Anwar pengerusikan Mesyuarat Khas Pembangunan Negeri Terengganu - Utusan Malaysia

Anwar pengerusikan Mesyuarat Khas Pembangunan Negeri Terengganu

ANWAR Ibrahim tiba di Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN) Wilayah Timur di Kemaman untuk menghadiri Mesyuarat Khas Pembangunan Negeri Terengganu bersama barisan kepemimpinan Kerajaan Negeri Terengganu. Turut kelihatan Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar. - UTUSAN/NIK NUR IZZATUL HAZWANI NIK ADNAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KEMAMAN: Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mempengerusikan Mesyuarat Khas Pembangunan Negeri Terengganu bersama barisan kepemimpinan negeri di Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN) Wilayah Timur di sini, sempena lawatan beliau ke negeri ini.

Perdana Menteri yang berbaju Melayu berwarna ungu tiba kira-kira pukul 4.56 petang dan disambut Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar.

Mesyurat yang diadakan secara tertutup itu berlangsung kira-kira satu jam.

Turut menyertai mesyuarat itu ialah Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar dan Setiausaha Kerajaan Negeri Terengganu, Datuk Zulkifli Ali serta barisan kepemimpinan  negeri.

Sejurus selepas selesai mesyuarat tersebut, Anwar dijadual mengadakan tinjauan mesra di Bazar Ramadan Jalan Padang Astaka di Chukai, di sini.

Lawatan pemimpin utama negara itu  berakhir dengan Majlis Berbuka Puasa Madani Peringkat Negeri Terengganu di Masjid Sultan Ahmad bersama kira-kira 1,500 orang. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya