Anwar hadiri Majlis Ihya’ Ramadan bersama warga JPM

Anwar hadiri Majlis Ihya’ Ramadan bersama warga JPM

ANWAR Ibrahim menghadiri Majlis Ihya Ramadan bersama warga JPM di bangunan Perdana Putra, Putrajaya.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyertai kira-kira 400 warga Jabatan Perdana Menteri (JPM) dalam majlis Ihya’ Ramadan yang diadakan di Bangunan Perdana Putra, di sini.

Majlis itu dimulakan dengan sesi tazkirah Ramadan bersama Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Prof. Madya Dr. Luqman Abdullah dan kemudiannya mengimamkan solat Zuhur berjemaah.

Pada sesi tazkirah itu, Dr. Luqman berkata, umat Islam seharusnya berbincang mengenai perkara yang lebih tinggi standardnya, iaitu tidak lagi terperangkap atau berbalah perkara- perkara yang kecil.

Beliau berkata, umat Islam juga wajar merebut ganjaran pahala sepanjang bulan Ramadan melalui dua ‘pakej’ ganjaran yang disediakan iaitu pakej asas dan pakej tertinggi.

Katanya, pakej asas ini adalah menahan diri daripada makan, minum dan mengekang melakukan hubungan bersama suami dan isteri, ia sudah cukup untuk diampunkan segala dosa yang telah lalu.

“Bagaimanapun, dalam pakej asas ini walaupun dia menahan diri makan dan minum, tetapi ada juga hadis-hadis lain yang juga melarang manusia daripada melakukan perkara yang boleh menghilangkan pahala puasanya.

“Dalam hadis SAW menyebut, sesiapa yang berpuasa tetapi tidak meninggalkan perkataan tidak baik (qaulu zur) seperti menipu, menghentam orang, mencaci orang, Allah tidak berhajat kepada orang sebegini walaupun dia berpuasa.

“Kita semua sudah laksanakan pakej asas itu tinggal lagi mungkin ada kekurangan bercakap tidak baik, sekali-sekala ada herdik orang, maki orang, mengumpat. Seperti juga dalam media sosial walaupun kawan kita, dia sudah tidak kenal kita. Jumpa depan kita dia baik, dalam media sosial kutuk kita. Itu termasuk ‘qaulu zur’ boleh mengurangkan pahala,” katanya.

Dr. Luqman berkata, pakej tertinggi ganjaran Ramadan ialah menghidupkan malam Ramadan dengan mengadakan solat pada waktu tengah malam dan bertadarus al-Quran, menandakan ayat-ayat penting dan memahami maknanya yang merupakan satu amalan sangat berharga dalam bulan ini.

“Jika kita mampu melaksanakan perkara ini, kita sudah berada di jalan yang benar dan akan mendapat keampunan daripada Allah SWT. Namun, untuk mencapai pencapaian lebih tinggi dalam Ramadan, kita tidak boleh hanya berpuas hati dengan amalan asas tadi. Kita perlu meningkatkan usaha ke tahap lebih mencabar.

“Paling kurang, jangan tinggalkan solat Tarawih pada malam Ramadan. Jika tidak mampu melaksanakan Tarawih, sekurang-kurangnya pastikan kita solat Isyak dan solat Subuh secara berjemaah.

“Rasulullah SAW menyebut dalam hadis bahawa sesiapa yang menunaikan kedua-dua solat ini secara berjemaah, dia sudah dikira sebagai menghidupkan malam Ramadan,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya