Amzad tarik kenyataan fitnah terhadap Anwar

Amzad tarik kenyataan fitnah terhadap Anwar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA TERENGGANU: Perdana Menteri,  Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Ahli Parlimen Kuala Terengganu, Datuk Ahmad Amzad Hashim telah mencapai penyelesaian luar mahkamah dalam saman fitnah yang difailkan oleh Anwar terhadap wakil rakyat itu.

Mahkamah Tinggi Kuala Terengganu hari ini merekodkan penyelesaian luar mahkamah bagi tindakan sivil tersebut apabila Anwar menarik balik saman fitnah yang difailkan pada 22 Disember 2022 tanpa sebarang kos.

Manakala Ahmad Amzad pula menarik balik kenyataan yang dibuat olehnya pada 7 Disember 2022 untuk menghentikan pertikaian peribadi mereka.

Saman sivil itu berkaitan dakwaan Anwar berbohong mengenai hanya menerima gaji RM1 ketika menjadi penasihat ekonomi Selangor.

Hakim, Datuk Hassan Abdul Ghani merekodkan penyelesaian antara plaintif dan defendan yang bersetuju untuk menamatkan pertikaian undang-undang peribadi mereka selepas mengambil kira terdapat isu jauh lebih besar dan penting yang memerlukan perhatian.

Peguam Anwar, Sankara Nair, hari ini mengesahkan keputusan tersebut, dengan Ahli Parlimen Tambun dan Ahli Parlimen Kuala Terengganu menyatakan penghargaan mereka kepada hakim mahkamah sivil dan pegawai kehakiman.

“(Kedua-dua pihak) juga berharap agar keputusan ini dapat diterima dan dihormati oleh semua pihak serta tidak dijadikan sesuatu yang boleh menjejaskan kesejahteraan dan keharmonian di Malaysia,” menurut kenyataan bersama Anwar dan Amzad. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya