Anggota polis wanita direman kes minta, terima rasuah

Anggota polis wanita direman kes minta, terima rasuah

SEORANG anggota polis wanita dibawa ke Mahkamah Majistret Seremban bagi tujuan permohonan reman terhadapnya bagi membantu siasatan kerana disyaki meminta dan menerima rasuah sebanyak RM1,000-UTUSAN/NOR SHAFAWATI YUP.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEREMBAN: Seorang anggota polis yang bertugas di negeri ini  ditahan reman selama lima hari bagi membantu siasatan kerana disyaki meminta dan menerima rasuah sebanyak RM1,000.

Ia sebagai balasan mengurangkan hukuman denda berkaitan dengan siasatan yang dilakukannya.

Perintah reman bermula hari ini sehingga 30 Mac depan itu dikeluarkan Majistret Fairuz Syuhada Amran terhadap suspek seorang wanita berusia 30-an itu selepas menerima permohonan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di Mahkamah Majistret Sivil di sini.

Menurut sumber, suspek telah ditahan kira-kira pukul 12 tengah hari semalam di pejabatnya.

“Suspek dipercayai melakukan perbuatan tersebut pada 20 Mac lalu,” katanya.

Sementara itu, Pengarah SPRM Negeri Sembilan, Awangkok Ahmad Taufik Putra Awg Ismail ketika dihubungi mengesahkan penahanan tersebut dan berkata, kes disiasat di bawah Seksyen 17(a) Akta SPRM 2009. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN