MELAKA: Seorang anggota Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) terselamat daripada menyambut Hari Raya Aidilfitri dalam penjara selepas Mahkamah Sesyen di sini, semalam membenarkan penangguhan hukuman penjara setahun dan denda berjumlah RM80,000. Hakim Elesabet Paya Wan menjatuhkan hukuman itu terhadap Che Fadzlie Izwan Che Johari, 38, atas kesalahan memberi suapan sebagai upah untuk tidak mengambil tindakan terhadap pengusaha lori lebih muatan, enam tahun lalu. Katanya, pihak pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah di akhir pembelaan dan tidak dapat mematahkan anggapan di bawah Seksyen 50 (1) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009. Berdasarkan…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya