“Angah bahagia, selalu sangat cakap nak sehidup semati dengan kau” 

“Angah bahagia, selalu sangat cakap nak sehidup semati dengan kau” 

Muhd Taufiq bersama anak-anak arwah kakaknya yang dikongsikan di Facebooknya
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA TINGGI: Pasangan suami isteri yang maut dalam kemalangan ngeri di Kilometer 58.1 Lebuhraya Utara-Selatan arah selatan, malam kelmarin mahu sehidup semati.

Adik arwah Muhd Taufiq Bani, 33, berkata, Allahyarham kakaknya Siti Khazira, 35, sering mengungkapkan perkara itu kerana bahagia hidup bersama arwah suami Nasaarudin Pardi, 36.

“Buat sahabatku, abang ku Nasaarudin bin Pardi, terima kasih sebab jadi kawan aku sebelum kau kenal Angah (Siti Khazira) lagi.

“Terima kasih banyak-banyak sebab jaga akak aku sehabis baik bahagiakan Angah sampai dia selalu sangat cakap nak sehidup semati dengan kau.

“Terima kasih cha, aku sayang kau cha. Untuk anak syurga uncle, Maryam Nusaibah, terima kasih hadir dalam hidup keluarga ini walaupun cuma dua tahun.

“Terima kasih Maryam sebab tarik sekali tangan abah dengan ibu untuk ke syurga, uncle sayang maryam,” luahnya dalam perkongsian di Facebook miliknya, hari ini.

Anak bongsu tiga beradik itu berkata, dia juga turut meluahkan rasa bersyukur kerana memiliki seorang kakak yang sangat baik.

Dia juga menyifatkan Allahyarham Siti Khazira adalah seorang anak yang baik kepada orang tua.

“Kita adik beradik tiga je, Apit, Angah, Along. Kita memang rapat. Sehari dua mesti contact. Last week baru je Apit datang rumah sebab Angah bawakan ibu masakkan siput sedut dengan roti john kegemaran kita dari Kota Tinggi ke Kuala Lumpur.

“Terima kasih banyak Angah jadi akak Apit. Angah punya part sudah selesai di sini untuk anak-anak jangan risau, keluarga kita, keluarga belah Nasaa semua ada nak jagakan anak-anak angah,” katanya lagi.

Dalam kejadian pada pukul 11.48 malam kelmarin, mengorbankan lima nyawa termasuk tiga beranak itu serta dua lagi iaitu pemandu dan penumpang Proton X50, Iklil Nuraudah Muhammad Redzaa, 23, dan Mohd Nur Afiji Asamad, 27.

Kemalangan melibatkan sebuah lori kontena, Proton X50, Honda Stepwagon dan Toyota Camry.

Lapan lagi mangsa turut mengalami kecederaan dirujuk ke Hospital Enche Besar Hajjah Khalsom (HEBHK) dan Hospital Temenggong Seri Maharaja Tun Ibrahim, Kulai.

Ketua Polis Daerah Kluang, Asisten Komisioner Bahrin Mohd Noh berkata, hasil siasatan awal kejadian berlaku ketika lori kontena jenis Volvo dipandu lelaki berusia 35 dalam perjalanan dari arah Johor Bahru ke Kuala Lumpur.

Katanya, sebaik tiba di lokasi kejadian, tayar hadapan sebelah kanan dikatakan pecah menyebabkan kenderaan itu hilang kawalan sebelum bergesel dengan sebuah Toyota Camry yang dalam arah perjalanan sama. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya