Anak peluk, minta Zehra Zamri jangan menangis - Utusan Malaysia

Anak peluk, minta Zehra Zamri jangan menangis

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Seolah mengerti badai yang melanda rumah tangga ibu, anak kepada penyanyi, Zehra Zamri iaitu Zahiyah memujuknya untuk terus kuat. 

Tidak hanya itu, menurut Zehra, anak perempuan yang berusia dua tahun itu juga berubah sikap menjadi garang seolah-olah mahu melindungi dirinya daripada kesedihan. 

“Zahiyah semakin hari semakin garang. Mungkin mahu jadi pelindung kepada Mamanya. 

“Paling sayu, kalau nangis di dadanya, langsung dirangkul dan kata ‘Mama, jangan nangis’

“Anak ini ‘mengerti’ sejak dari dalam kandungan lagi,” tulisnya menerusi sebuah hantaran Instagram Story pada Sabtu. 

Dalam pada itu, di hantaran berbeza, bintang program realiti nyanyian Gegar Vaganza 11 itu juga memberi bayangan bahawa mengundurkan diri daripada perkahwinan adalah satu-satunya cara untuk dirinya sembuh. 

“Meninggalkan adalah satu-satunya cara untuk menang. Orang narsistik tidak akan berubah. Dia tidak akan tiba-tiba bangun suatu hari dan hargai awak. 

“Kasih sayang, kebaikan dan kesetiaan yang pernah kita berikan kepada mereka, berilah semua itu kepada diri sendiri. Di situlah bermulanya jalan untuk sembuh,” luahnya. 

Terdahulu, Zehra nekad bercerai dengan suami, Nur Mohd Iqwan Samsudin selain mengakui tidak mampu lagi mempertahankan perkahwinannya yang berusia empat tahun. 

Tambahnya, suaminya juga bersetuju untuk bercerai secara ‘fast track’ namun Zehra hairan kerana Iqwan seolah membuat pusingan ‘U’ enggan meneruskan hasrat berkenaan.

Zehra mendirikan rumah tangga dengan Iqwan pada 10 November 2021. Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan seorang anak. 

Terdahulu,Zehra pernah berkahwin dengan Wan Muhammad Nurhariz Hariri pada 14 Oktober 2017 dan bercerai pada April 2018. -UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya