Along tidak bercakap dengan ibu sejak berkahwin

Along tidak bercakap dengan ibu sejak berkahwin

ALONG Cham bersama ibunya selepas mahkamah membebas tanpa melepas pertuduhan memiliki dadah jenis kanabis di Mahkamah Sepang, Januari lalu. - UTUSAN/FAISOL MUSTAFA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEPANG: Ibu kepada pelakon dan pelawak Along Cham iaitu Siti Habsah Kadir, 64, mendedahkan pernah di fasa tidak bercakap dengan anaknya sejak mereka berkahwin tahun lalu.

Enggan mengulas mengenai hal itu, Habsah mendakwa wujud salah faham yang besar dalam keluarga berpunca daripada kenyataan yang dikeluarkan isteri Along, Afreena Suhaimi atau Feena.

“Saya tidak pernah pilih siapa menantu saya. Siapa yang anak saya pilih, saya terima seadanya.

“Apa yang dia (Feena) beritahu kepada media tentang keluarga Along, dia sahaja yang tahu. Cuma dia buat kesilapan terhadap keluarga saya, hingga Along benci keluarga sendiri.

“Setahun kami tidak jumpa kerana terkilan. Apa yang berlaku terlalu peribadi, itu sahaja saya cerita,” katanya ketika ditemui Utusan Malaysia di Mahkamah Rendah Syariah Sepang, hari ini.

Terkilan dengan perkara tersebut, Habsah tidak lagi masuk campur dalam urusan rumah tangga Along atau Muhammad Nizamuddin Ahmad, 42.

Bagaimanapun, sebagai seorang ibu dia tidak pernah mahukan rumah tangga yang dibina anaknya musnah kurang daripada setahun.

“Selepas Along kahwin saya tidak masuk campur, pandai-pandai Along melentur rumah tangga dia.

“Sebenarnya sedih tengok anak jadi begini, bukan saya minta. Bukan saya suka, saya tak suka, saya sedih sangat-sangat,” tambahnya sebak.

Dalam pada itu, Along menegaskan dia terpaksa membuka mulut apabila ibunya turut terkena tempiasnya.

“Bukan sifat saya kaki sebar aib rumah tangga. Kali ini apabila sudah melibatkan ibu saya hingga dituduh bukan-bukan dicanang kepada jiran, apalah agaknya perasaan seorang ibu.

“Dua bulan kahwin memang ada ‘demam’ sikit tapi lepas itu rezeki mula masuk daripada Angah dan Didie Alias.

“Saya ada isteri tapi saya terlepas salam raya dengan ibu, tidak dapat berpeluk dengannya sedangkan reda Allah terletak pada reda ibu.

“Saya bersyukur sebelum salah seorang pejam mata, kami kembali bersama. Bagaimana bentuk keadaannya, itu semua perancangan Allah,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya