Akhlak Mimi tuai pujian ramai - Utusan Malaysia

Akhlak Mimi tuai pujian ramai

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

HARUS diakui, lagu berjudul Serumpun hasil rukilan dan nyanyian Mimi Fly ini antara lagu raya yang betul-betul melekat di hati Cik Bunga pada tahun ini.

Berulang kali juga Cik Bunga putarkan setiap kali mendengarnya di YouTube.Tertarik dan sangat catchy, namun pada masa sama ada makna tersirat. Bagi Cik Bunga, lagu ini berbeza daripada lagu-lagu raya lain, lebih segar namun tidak melupakan inti tradisi di dalamnya.

Apabila mendapat tahu, video muzik lagu itu terpaksa diturunkan di saluran YouTube, Selasa lalu, Cik Bunga tahu, Mimi sedang akur dengan segala kritikan dan teguran yang diterimanya setelah penampilan berkemban yang digayakan di dalam muzik video (mv) tersebut menuai bahan bualan ramai. 

Kemudian, sehari selepasnya, Miri kembali memuat naik mw Serumpun yang baharu dengan gubahan berbeza dan penampilan yang lebih sopan.

Cik Bunga kagum.Bukan apa, jarang sekali artis rela membuat gubahan mv yang baharu hanya kerana mendapat kritikan orang. Maklum sajalah, proses hendak buat yang baharu bukan mudah. Memakan masa dan perlukan modal. 

Sudahlah modal juga mungkin bukan sedikit, tetapi demi memuaskan hati semua pihak, Mimi dan pasukan di belakangnya nekad membuat perubahan itu. Bagi Cik Bunga, tindakan Mimi itu adalah yang terbaik. 

Bak kata pengarah video muzik berkenaan, Hafiz Rashid, tanggungjawab itu diambil mereka secara sepasukam, demi memperbetulkan keadaan terutama dalam usaha menghentikan fitnah dan isu yang bertebaran.

Cik Bunga bersetuju dengan pendapat ramai terutama netizen yang dah menonton habis mv tersebut. Rata-rata menyifatkan Mimi seorang penyanyi dan individu yang ada akhlak yang baik.

Tidak mudah melenting dan menerima teguran ramai, Mimi mempamerkan sisi murni bahawa tidak semua artis itu ghairah untuk ‘berlawan- lawan’ kata dengan netizen sementelah dunia seni hiburan ini apa sahaja yang terlihat menyenangkan di mata masyarakat?

Cik Bunga yakin, beralah itu tidak semestinya menunjukkan Mimi seorang pesalah atau pendosa. Tetapi pendekatan ini digunakan Mimi demi menjernihkan keadaan lantaran kita semua tentunya mahu mengambil keberkatan di bulan yang mulia ini.

Cik Bunga puji, dan Mimi secara peribadi bagi Cik Bunga, merang seorang yang jernih orangnya. Pekertinya baik dan dia sebenarnya seorang yang sangat merendah diri dalam kehidupannya.

Cik Bunga harap semua orang boleh nampak dan hargai usaha keras Mimi yang tidak pernah putus asa menghasilkan karya yang berkualiti untuk pendengar muzik tanah air.

Bagi Cik Bunga, tolong hargai bakat seni yang ada pada Mimi. Jangan dibenamkan bakat dan

usahanya sementelah setiap orang juga tahu, tiada siapa yang tidak kecewa jika dirinya sering jadi sasaran kecaman sekaligus tidak dihargai.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya