Ajak balik awal jumpa keluarga mentua, rupanya petanda terakhir

Ajak balik awal jumpa keluarga mentua, rupanya petanda terakhir

TENGKU Syafarin bersama empat orangnya reda dengan ketentuan Ilahi, namun kehilangan isteri tersayang dalam sekelip mata bukan sesuatu yang mudah untuk diterima.pix/AMRAN ALI.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JASIN: Pemergian seorang ibu empat anak dalam kemalangan di Jalan Melaka-Muar, Merlimau, semalam, meninggalkan kesan pilu apabila suaminya menyedari bahawa isterinya sempat mengajak mereka sekeluarga pulang ke kampung di Kuala Berang lebih awal daripada kebiasaan, seolah-olah memberi petanda terakhir sebelum pergi buat selamanya.

Dalam kejadian kira-kira pukul 8 pagi semalam, Noor Faradhillah Muhammad Yusuff, 42, yang menunggang motosikal, bertembung dengan sebuah kereta ketika dalam perjalanan pulang selepas menghantar anak ketiga mereka ke Sekolah Kebangsaan Merlimau 1.

Suaminya, Tengku Syafarin Tengku Abdullah, 45, berkata, isterinya keluar dari rumah sekitar jam 7.50 pagi dengan alasan mahu menghantar anak ke sekolah dan sempat berpesan supaya dia menjaga anak bongsu mereka, Tengku Izzy Elnayra, yang baru berusia enam bulan.

Menurutnya, sebelum kejadian arwah sebenarnya sempat menghantar jualan kuih raya kepada pelanggan di Kampung Tedong sebelum membeli barangan dapur bagi membuat kuih dan persiapan berbuka puasa.

“Saya menunggu di rumah, tetapi hati mula berasa tidak sedap apabila melihat jam sudah melebihi pukul 8 pagi, sedangkan kebiasaannya arwah tidak mengambil masa lama. Perasaan resah bertukar cemas apabila seorang jiran datang memberitahu bahawa motosikal isteri saya terlibat dalam kemalangan.

“Ketika tiba di lokasi kejadian, saya benar-benar luluh melihat tubuhnya yang sudah tidak bernyawa. Dia pergi begitu sahaja, hanya dalam jarak kira-kira dua kilometer dari rumah kami,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Jalan Datok Nawar, Merlimau, di sini, hari ini.

Lebih memilukan, Allahyarham sebelum ini begitu teruja menyiapkan pakaian raya keluarga mereka dalam warna sedondon ungu muda, seolah-olah telah bersedia meninggalkan kenangan terakhir buat insan tersayang.

“Dia bersungguh-sungguh memastikan pakaian raya kami siap lebih awal. Tidak sangka itu menjadi kenangan terakhir yang ditinggalkannya untuk kami semua,” ujar Tengku Syafarin dengan nada sayu.

Allahyarham Noor Faradhillah meninggalkan empat cahaya mata, termasuk Tengku Aliff Daniel, 19, yang telah bekerja, Tengku Aqif Ziqree, 16, seorang pelajar di bawah Akademi Bola Sepak Felda di Bangi, Tengku Ifti Ellysha, 8, dan Tengku Izzy Elnayra, 6 bulan.

Bagi anak keduanya, Tengku Aqif Ziqree, pemergian ibunya adalah kehilangan terbesar kerana wanita itu merupakan penyokong setia dalam karier bola sepaknya.

“Ibu tidak pernah terlepas menghadiri kejohanan bola sepak saya, malah dia sentiasa memberi dorongan dan semangat untuk saya berjaya.

“Antara pencapaian terbaik saya ialah ketika mewakili Felda dalam Kejohanan Bola Sepak Antarabangsa Bali di Indonesia pada Disember lalu, di mana saya terpilih sebagai pemain pertahanan terbaik. Saya tahu ibu sangat bangga dengan saya,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya