Aidilfitri: Potongan tol akan diumum masa terdekat - Alexander

Aidilfitri: Potongan tol akan diumum masa terdekat – Alexander

DATUK Seri Alexander Nanta Linggi ketika ditemui pemberita ketika Lawatan Kerja Rasmi Ke Kementerian Kerja Raya di Kompleks Kerja Raya, Jalan Sultan Salahuddin Kuala Lumpur. UTUSAN/SADDAM YUSOFF
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR:  Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata, kerajaan akan membuat pengumuman rasmi potongan 50 peratus tol sempena Hari Raya Aidilfitri dalam masa terdekat.

“Memang kita akan ada, sebab kita sudah buat untuk Tahun Baharu Cina, (jadi) takkan kita tidak buat (untuk Hari Raya) Aidilfitri. Tunggu nanti, kami (kerajaan) akan umum. Sabar sedikit, kita sedang perhalusi,” katanya kepada pemberita, di Kompleks Kerja Raya, Jalan Sultan Salahuddin, di sini.

Terdahulu, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengadakan lawatan kerja rasmi ke Kementerian Kerja Raya (KKR).

Turut hadir sama dalam lawatan tersebut adalah Timbalan Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Ahmad Maslan dan Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar.

Dalam perkembangan lain, Alexander Nanta berkata, Anwar mengingatkan KKR untuk meningkatkan prestasi sebagai kementerian yang penting di negara ini.

“Apa-apa pembangunan memang memerlukan pembinaan dan sebagainya. (Kami) ambil maklum apa yang dikehendaki (oleh) Perdana Menteri iaitu memberi keutamaan kepada projek-projek yang penting,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya