Aidilfitri: Bekalan barangan keperluan dijamin mencukupi di Pulau Pinang

Aidilfitri: Bekalan barangan keperluan dijamin mencukupi di Pulau Pinang

FAHMI ZAINOL
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GEORGE TOWN : Bekalan barangan keperluan asas seperti ayam, telur, daging dan santan di negeri ini dijamin mencukupi menjelang sambutan Aidilfitri, hujung bulan ini.

Pengerusi Jawatankuasa Agroteknologi, Keterjaminan Makanan dan Pembangunan Koperasi negeri, Fahmi Zainol berkata, setakat ini, pihaknya tidak menerima sebarang aduan rasmi mengenai kekurangan bekalan barangan tersebut di Pulau Pinang.

“Tiada masalah bekalan dikesan setakat ini termasuk bagi barangan penting seperti ayam, telur, daging, dan santan. Kita juga belum terima apa-apa aduan rasmi berkaitan kekurangan bekalan barangan tersebut buat masa ini,” katanya di sini, hari ini.

Fahmi berkata, bagaimanapun, terdapat sedikit isu berkenaan minyak masak peket bersubsidi satu kilogram (kg) yang didakwa sukar untuk diperolehi di pasaran sejak sekian lama.

“Kita memang perasan bahawa minyak peket bersubsidi ini kurang di pasaran, tetapi, untuk barang keperluan lain seperti santan dan sebagainya, semuanya masih dalam keadaan terkawal,” katanya yang memberitahu, kebanyakan harga barang keperluan asas juga tidak menunjukkan sebarang peningkatan yang mendadak buat masa ini.

Dalam pada itu, Fahmi berkata, progam Jualan Rahmah yang dijalankan di seluruh negeri setiap minggu turut membantu penduduk mendapatkan barangan pada harga lebih rendah berbanding harga pasaran.

“Setiap minggu, kita adakan Jualan Rahmah di pelbagai lokasi di Pulau Pinang dan sambutan yang diterima adalah sangat menggalakkan.

“Sehubungan itu, kita akan pastikan program Jualan Rahmah akan terus dianjurkan sehingga minggu terakhir sebelum Aidilfitri bagi memastikan penduduk mendapat bekalan mencukupi,” katanya.

Tambah Fahmi, bekalan beras tempatan di Pulau Pinang juga berada dalam keadaan stabil dan terkawal buat masa ini.

“Kita dapati, bekalan beras tempatan ini telah ada di pasaran di setiap daerah. Namun, pembelian tidak berlaku secara besar-besaran mungkin kerana stok beras di rumah pengguna masih mencukupi,” kata beliau.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya