Agrobank sumbang RM49,000 bantu asnaf, pelajar sekolah

Agrobank sumbang RM49,000 bantu asnaf, pelajar sekolah

TENGKU Ahmad Badli Shah Raja Hussin (empat kiri) menyampaikan bantuan persekolahan kepada wakil sekolah disaksikan oleh Arthur Joseph Kurup (tengah), semasa Majlis Iftar Ramadan Agrobank di SMK Sook, Keningau semalam.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KENINGAU: Agrobank meneruskan usaha membantu meringankan bebanan golongan memerlukan sempena bulan Ramadan dengan memberi sumbangan kepada golongan asnaf dan pelajar sekolah.

Sejumlah RM30,000 disalurkan melalui zakat yang akan memberi manfaat kepada 300 orang asnaf di sekitar Pensiangan dan sejumlah RM19,000 bagi bantuan persekolahan bagi 300 orang pelajar.

Presiden yang juga Ketua Pegawai Eksekutif Agrobank, Datuk Tengku Ahmad Badli Shah Raja Hussin berkata, inisiatif itu mencerminkan komitmen berterusan Agrobank dalam menyokong pembangunan pendidikan.

Beliau berkata, bantuan itu juga dapat meringankan beban kewangan keluarga yang memerlukan, terutamanya untuk keperluan persekolahan dan persiapan sambutan Hari Raya Aidilfitri

“Majlis iftar ini diadakan bersempena menyantuni komuniti di daerah Sook. Majlis ini bukan sekadar berkongsi rezeki dan keberkatan Ramadan, tetapi juga menjadi platform untuk memperkuatkan ukhuwah dalam kalangan umat Islam,” katanya semasa Majlis Iftar Ramadan bersama komuniti setempat di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sook, semalam.

Majlis iftar berkenaan dihadiri kira-kira 700 penduduk setempat.

Sementara itu, Ahli Parlimen Pensiangan yang juga Timbalan Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Arthur Joseph Kurup berkata, Agrobank akan mewujudkan sebuah lagi cawangan Agrobank di Pekan Sook selewat-lewatnya pada suku ketiga tahun ini.

Langkah ini bagi mempertingkatkan lagi perkhidmatan institusi kewangan di daerah berkenaan di samping memperkukuhkan kitaran ekonomi setempat dengan melahirkan lebih ramai usahawan tempatan.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya