Agong zahir penghargaan, hargai jasa warga PDRM

Agong zahir penghargaan, hargai jasa warga PDRM

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar menzahirkan penghargaan kepada seluruh warga Polis Diraja Malaysia (PDRM) di atas pengorbanan dan dedikasi mereka dalam memastikan keamanan serta kesejahteraan negara.

Seri Paduka bertitah, anggota pasukan keselamatan itu sentiasa berada di barisan hadapan tanpa mengira waktu, mempertaruhkan keselamatan dan nyawa demi menjaga ketenteraman awam, menguatkuasakan undang-undang serta melindungi rakyat daripada ancaman jenayah.

“Penugasan ini bukannya mudah, namun dilaksanakan dengan penuh dedikasi, keberanian serta kesungguhan.

“Rakyat menghargai segala usaha dan jasa warga PDRM yang berkhidmat tanpa mengira siang dan malam.

“Saya berdoa kepada Allah SWT, semoga seluruh warga PDRM terus diberikan kekuatan dan keselamatan dalam setiap tugas yang dipikul,” titah Seri Paduka.

Titah itu bersempena Hari Polis Ke-218 dizahirkan Seri Paduka dalam Facebook Sultan Ibrahim.

Selain menghargai perkhidmatan anggota PDRM yang masih berkhidmat, Sultan Ibrahim turut menzahirkan penghormatan kepada pesara-pesara PDRM atas sumbangan mereka dalam menjaga kesejahteraan rakyat.

“Al-Fatihah buat mereka yang telah pergi meninggalkan kita buat selama-lamanya. Semoga mereka ditempatkan dalam kalangan orang-orang beriman dan juga para syuhada.

“Selamat menyambut Hari Polis Ke-218 kepada seluruh warga PDRM dan para veteran,” titah Seri Paduka.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya