PETALING JAYA: Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim dan Raja Permaisuri Agong, Raja Zarith Sofiah, hari ini berkenan berangkat ke Majlis Ramah Mesra Aidilfitri di Istana Negara, di sini.
Turut hadir majlis berkenaan, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan isteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail; Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil; Menteri-menteri Kabinet serta ketua dan pegawai tertinggi kerajaan dan agensi.
Majlis yang dihadiri lebih 300 tetamu itu turut disertai Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar dan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Johari Abdul
Perwakilan asing termasuk dari United Kingdom, Turkiye, Mesir, Indonesia dan Thailand.
Antara juadah yang disajikan ialah makanan yang sinonim dengan Johor iaitu kacang pool, laksa Johor dan mi rebus selain lemang, ketupat, rendang dan nasi beriani, yang dihidangkan secara bufet.
Pada majlis itu, hadirin juga dihiburkan dengan persembahan lagu-lagu raya malar segar daripada Unit Pancaragam Johor Military Force.
Sebelum berangkat meninggalkan majlis, Seri Paduka Baginda berdua berkenan meluangkan masa beramah mesra bersama tetamu.
Terdahulu, Sultan Ibrahim dan Raja Zarith Sofiah berkenan berangkat menunaikan solat sunat Aidilfitri di Masjid Wilayah Persekutuan. –UTUSAN