KEPALA BATAS: “Kalau orang tanya, memang saya jawab betul. Saya mahu bertanding lagi (pemilihan PKR). Ini salah satu cara untuk saya sumbang balik kepada parti.”
Itu kata Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Adam Adli Abdul Halim ketika ditemui pada Majlis Peluncuran Santuni Madani Kampung Baru Penaga yang diadakan bersama majlis berbuka puasa di sini, semalam.
Adam Adli yang akan bertanding untuk kerusi Majlis Pimpinan Pusat (MPP) pada pemilihan PKR, Mei depan berkata, hasrat tersebut sememangnya sudah lama direncana, namun, ia belum diumumkan di media sosial buat masa ini.
“Tidak adil kalau saya berada dalam pentadbiran negara tetapi tidak mainkan peranan aktif dalam kepimpinan parti,” kata Timbalan Menteri Belia dan Sukan itu.