Aafiyah sudah belajar puasa, saya janji bagi ganjaran RM100 sehari - Siti Nurhaliza - Utusan Malaysia

Aafiyah sudah belajar puasa, saya janji bagi ganjaran RM100 sehari – Siti Nurhaliza

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Penyanyi tersohor negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza mengakui terharu dengan semangat anak sulungnya, Siti Aafiyah Khalid, 7, yang mahu belajar berpuasa sejak hari pertama Ramadan.

Menurut Siti, dia juga bangga dengan kesungguhan puteri kesayangannya itu menahan lapar dan dahaga untuk berpuasa penuh meskipun terbit rasa kasihan.

“Alhamdulillah, Siti Aafiyah sudah mula belajar berpuasa. Sebagai ibu, timbul juga rasa simpati apabila melihatnya berpuasa dalam tubuh yang kurus dan tulangnya pun boleh dirasa.

“Dalam hati tertanya-tanya boleh tahan ke anak ibu berpuasa seharian? Mujur kita mula berpuasa pada Ahad, dapatlah saya pantau keadaan Siti Aafiyah. Saya tanya juga sama ada boleh bertahan atau tidak?

“Rasa gembira apabila Siti Aafiyah puasa penuh pada hari pertama tanpa mengadu lapar atau ‘melepek’ kepenatan,” katanya ketika ditemui Utusan Malaysia.

Demi memupuk semangat, biduanita negara itu turut menjanjikan ganjaran wang jika anaknya berjaya berpuasa penuh selama sebulan.

Kata Siti, dia juga akan menyediakan menu kegemaran buat anak sulungnya itu nikmati ketika sahur dan berbuka puasa.

“Siti Aafiyah memang suka makan bijirin, Selain menu itu, saya juga sediakan nasi dan roti untuknya makan ketika sahur. Untuk berbuka puasa, saya akan tanya apa yang teringin nak makan. Biasanya, Siti Aafiyah suka makanan barat seperti spageti bolognese.

“Untuk menu sahur, saya akan masak sebelum masuk tidur. Jadi, keesokan paginya hanya panaskan. Selain itu, saya juga janjikan ganjaran kepada Siti Aafiyah.

“Jika puasa penuh, saya akan beri RM100 sehari. Ayahnya pun janjikan ganjaran juga. Walaupun masih belum faham nilai wang, tapi nampaklah Siti Aafiyah seronok dan teruja nak berpuasa,” jelasnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN