9,000 penjawat awam Kelantan terima bonus Aidilftri esok - Utusan Malaysia

9,000 penjawat awam Kelantan terima bonus Aidilftri esok

MOHD. Nassuruddin Daud (tengah) semasa sidang media pengumuman bonus dan cuti Hari Raya Aidilfitri di Kota Bharu, Kelantan.-UTUSAN/MUSTAQIM MOHAMED
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Seramai 9,000 penjawat awam di negeri ini akan menerima bantuan Aidilfitri sebanyak RM500 esok.

Berita gembira itu diumumkan oleh Menteri Datuk Mohd. Nassuruddin Daud selepas mempengerusikan Mesyuarat Mingguan Exco di Kompleks Kota Darulnaim di sini hari ini.

Mohd. Nassuruddin berkata, bayaran itu membabitkan peruntikan sebanyak RM5 juta.

“Selain itu, bayaran penghargaan ini turut diterima pegawai lantikan politik termasuk ahli majlis, penghulu, penyelaras pembangunan armalah, guru pondok, guru al-Quran dan guru jahitan.

“Setiap daripada mereka menerima sumbangan berjumlah RM250. Hal ini kerana mereka bukan kakitangan kerajaan negeri,” katanya.

Dalam perkembangan sama, Mohd. Nassuruddin memberitahu, kerajaan negeri turut mengumumkan Ahad ini sebagai cuti peristiwa bagi memberi keselesaan kepada seluruh rakyat membuat persiapan sambutan Hari Raya Aidilfitri.

Katanya, tindakan itu memberi ruang kepada rakyat untuk bercuti panjang sempena sambutan Aidilfitri bermula Jumaat sehigga hari kedua Syawal, iaitu pada Selasa.

“Kita mahu rakyat kita (rakyat Kelantan) mendapat ruang yang lebih untuk merapatkan hubungan silaturahim bukan sahaja bersama keluarga, malah sesama sahabat handai mereka.

“Kita mahu Hari Raya Aidilfitri menjadi hari menggembirakan dan hari untuk meraikan kemenangan umat Islam,” ujarnya.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN