81 kotak mercun, bunga api RM202,000 dirampas

81 kotak mercun, bunga api RM202,000 dirampas

SEBAHAGIAN daripada mercun dan bunga api yang dirampas dalam Op Taring Charlie di  Kampung Paya Resak, Bukit Payung, Marang, Terengganu.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MARANG: Pasukan Gerakan Am (PGA) merampas 81 kotak mengandungi pelbagai jenis mercun dan bunga api bernilai RM 202,000 dalam Op Taring Charlie  di  Kampung Paya Resak, Bukit Payung, dekat sini, semalam.

Komander Briged Tenggara PGA, Datuk Nik Ros Azhan Nik Ab Hamid berkata, rampasan tersebut hasil serbuan anggota Batalion 9 PGA dengan kerjasama Ibu pejabat Polis Kontinjen (IPK) Terengganu di sebuah rumah  di kampung itu pada pukul 11.30 pagi.

“Pemilik rumah gagal menunjukkan sebarang dokumen yang sah berkaitan barangan tersebut (mercun dan bunga api),” katanya ketika dihubungi hari ini.

Beliau memberitahu, mercun dan bunga api yang dirampas itu dibawa ke Bahagian Siasatan Jenayah Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Marang untuk tindakan lanjut dan kes disiasat di bawah Seksyen 8 Akta Bahan Letupan 1957. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya