80 rumah setinggan Likas musnah dalam kebakaran - Utusan Malaysia

80 rumah setinggan Likas musnah dalam kebakaran

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA KINABALU: Seramai 669 orang hilang tempat berteduh setelah 80 buah rumah setinggan musnah dalam kebakaran yang berlaku di Kampung Cempaka, Likas, hari ini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 5.40 pagi itu, rumah setinggan atas air yang dianggarkan 80 buah itu musnah sepenuhnya dalam kebakaran berkenaan.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Lintas, Agustavia Joe Guasi berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada pukul 5.41 pagi dan sepasukan anggota dari BBP Lintas dan dibantu anggota BBP Kota Kinabalu dengan kekuatan 32 anggota dikejarkan ke lokasi kejadian.

Sebaik sahaja tiba di lokasi, didapati 80 buah rumah musnah sepenuhnya dalam kejadian kebakaran yang berlaku di kawasan seluas 250 meter persegi. Tiada mangsa terlibat dalam kejadian berkenaan.

Agustavia berkata, pusat pemindahan sementara (PPS) telah dibuka di Dewan Likas bagi menempatkan kesemua mangsa yang terlibat

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya