80 peratus tiket tren ETS telah dijual

80 peratus tiket tren ETS telah dijual

MOHD. RANI HISHAM Samsudin (kanan) menyantuni seorang penumpang tren ETS pada Program Sajian Kasih Ramadan di Pulau Sebang, Melaka. - UTUSAN/ MUHAMMAD SHAHIZAM TAZALI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ALOR GAJAH: Sebanyak 80 peratus daripada 112,980 tiket perkhidmatan tren elektrik (ETS) yang disediakan Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) sempena Aidilfitri telah dijual.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan KTMB, Datuk Mohd. Rani Hisham Samsudin berkata, jumlah itu termasuk 12,600 tiket tambahan yang ditawarkan untuk perjalanan pada 28 Mac hingga 6 April.

Kata beliau, tiket paling laris adalah perjalanan dari Gemas, Negeri Sembilan ke Padang Besar, Perlis.

“Bagi memenuhi permintaan orang ramai yang ingin pulang beraya di utara, kami menyediakan empat tren tambahan membabitkan perjalanan dari Gemas ke Butterworth, Pulau Pinang dan Gemas ke Padang Besar. Dua tren ETS tambahan akan beroperasi di setiap laluan.

“Setakat ini sebanyak 80 peratus tiket tren ETS telah terjual terutama yang menuju ke utara. Baki tiket yang tinggal kebanyakkannya untuk perjalanan ke selatan,” katanya ketika ditemui pemberita pada Program Sajian Kasih Ramadan di Stesen KTMB Pulau Sebang di sini, hari ini.

Terdahulu, Mohd. Rani Hisham bersama kakitangan KTMB mengedarkan 1,400 bubur lambuk kepada penumpang tren ETS untuk dijadikan juadah berbuka.

Sementara itu, Mohd. Rani Hisham berkata, trend penggunaan perkhidmatan tren oleh orang ramai semasa musim Aidilfitri telah berubah.

“Dulu waktu puncak adalah sebelum dan selepas Aidilfitri tetapi kini pada hari raya juga masih ada yang melakukan perjalanan. Sebenarnya penumpang menggunakan perkhidmatan tren untuk aktiviti ziarah.

“Jadi dalam tempoh 10 hari ini jumlah keseluruhan tiket disediakan adalah kira-kira 150,000 melibatkan kesemua perkhidmatan tren KTMB seperti ETS, antara bandar (intercity) dan shuttle,” ujarnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya