80 peratus pelanggan dari Singapura

80 peratus pelanggan dari Singapura

FAUZIAH Ahmad menyusun balang-balang kuih di Bazar Ramadan Angsana Johor Bahru Mall, Johor. - UTUSAN/RAJA JAAFAR ALI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Dengan penga­laman lebih 30 tahun dalam perniagaan kuih raya, Fauziah Ahmad, 54, atau lebih dikenali sebagai Gee terus mengukuhkan jenama Gee’s KuehKrumps sebagai pilihan utama pencinta biskut premium setiap kali Ramadan.

Bermula dari Kompleks Kota Raya, Kuala Lumpur sebelum berpindah ke Angsana Johor Bahru Mall di sini lebih sedekad lalu, Gee menawarkan kira-kira 35 jenis kuih raya termasuk kek, pelbagai kerepek dan biskut dengan harga antara RM35 hingga RM45.

“Kami menggunakan bahan premium termasuk mentega berkualiti tinggi untuk memastikan rasa dan kualiti terbaik.

“Semua kuih dibuat sendiri di rumah saya di Taman Sutera, Perling dengan bantuan enam pekerja,” katanya ketika ditemui Utusan Malaysia di Bazar Ramadan Angsana Johor Bahru Mall.

Menurutnya, persiapan bermula dua bulan sebelum Ramadan bagi memenuhi permintaan pelanggan khususnya dari Singapura yang merupakan 80 peratus daripada jumlah pembeli.

“Tahun lalu semua jualan habis sepenuhnya. Saya berha­rap tahun ini sambutan sama atau lebih baik,” katanya yang turut membuat penghantaran ke Singapura. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya