76 peratus projek sakit berpunca daripada kontraktor

76 peratus projek sakit berpunca daripada kontraktor

Tol percuma
AHMAD Maslan
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTATAN: Kementerian Kerja Raya memberi jaminan bahawa tiada lagi projek sakit yang memerlukan lanjutan tempoh masa (EOT) pada masa akan datang, selaras dengan sasaran untuk memastikan semua projek disiapkan mengikut jadual atau lebih awal (AOT).

Timbalan Menterinya, Datuk Seri Ahmad Maslan berkata, daripada 801 projek yang sedang dalam proses pembinaan, hanya 29 projek atau 3.62 peratus dikategorikan sebagai projek sakit, manakala 96 peratus lagi berjalan lancar seperti dijadualkan.

“Daripada 29 projek sakit ini, 76 peratus atau 22 projek mengalami masalah berpunca daripada kontraktor, enam projek atas pelbagai faktor lain, manakala satu projek mengalami kelewatan disebabkan perubahan skop kerja,” katanya selepas melawat tapak pembinaan Rumah Keluarga Angkatan Tentera (RKAT) di Markas 5 Divi­syen, Kem Lok Kawi, semalam.

Katanya, Johor mencatatkan jumlah projek sakit tertinggi dengan enam projek, diikuti Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (3), Kelantan (2), Labuan (2), Negeri Sembilan (2), Pahang (2), Sabah (2), Kedah (1) serta lima projek di bawah kategori cawangan jalan dan beberapa projek khas lain.

Mengulas projek RKAT di Kem Lok Kawi yang melibatkan 513 unit, Ahmad berkata, pembinaan menggunakan Sistem Binaan Berindustri (IBS) bagi mempercepatkan tempoh pelaksanaan serta mengurangkan kebergantungan kepada tenaga kerja manual, khususnya pekerja asing.

“Projek ini bernilai RM188 juta dan sepatutnya siap Ogos tahun ini, namun berkemungkinan akan siap pada Disember akibat masalah kekurangan bahan binaan seperti cerucuk dan simen semasa fasa awal pembinaan,” katanya.

Bagi memastikan projek itu tidak mengalami kelewatan berterusan, Ahmad berkata, pihak kontraktor diarahkan untuk menambah bilangan pekerja serta melanjutkan waktu kerja hingga jam 12 malam bagi mempercepatkan proses pembinaan.

“Kami mahu memastikan semua projek di bawah kementerian ini dapat disiapkan mengikut jadual tanpa sebarang kelewatan yang boleh menjejaskan kepentingan rakyat dan negara,” katanya.-UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya