7,066 penjawat awam Pulau Pinang terima 'duit raya'

7,066 penjawat awam Pulau Pinang terima ‘duit raya’ sempena Aidilfitri

CHOW KON YEOW
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GEORGE TOWN : Kerajaan negeri hari ini mengumumkan Bantuan Khas Kewangan (BKK) sebanyak setengah bulan gaji atau minimum RM1,000 yang akan diberi kepada anggota perkhidmatan awam negeri bersempena sambutan Hari Raya Aidilfitri pada tahun ini.

Ketua Menteri, Chow Kon Yeow berkata, bayaran khas itu akan diberikan kepada 7,066 penerima sebagai tanda penghargaan terhadap sumbangan serta komitmen mereka dalam menjayakan agenda pembangunan negeri.

“Kerajaan negeri bersetuju meluluskan BKK yang dianggarkan berjumlah RM7.81 juta sebagai penghargaan kepada penjawat awam.

“Ia adalah penghargaan di atas usaha mereka dalam merealisasikan Visi Penang2030 ke arah sebuah negeri pintar dan hijau berteraskan keluarga inspirasi negara,” katanya yang memberitahu, pembayaran bantuan khas itu akan dibuat mulai 19 Mac ini.

Selain bantuan untuk menyambut perayaan, katanya, peruntukan BKK itu turut disalurkan kepada penyelia, guru serta kakitangan Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (KAFA), sekolah rendah agama rakyat (SRAR) dan sekolah menengah agama rakyat (SMAR) sebanyak RM300 tiap seorang.

Beliau berkata, turut menerima BKK ialah sekolah agama bantuan kerajaan (SABK), institusi tahfiz, pondok, tadika Islam (TADIS) serta sekolah persendirian Cina di negeri ini.

“Pemberian ini turut dipanjangkan kepada semua Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dan Badan Berkanun Negeri tertakluk kepada kemampuan kewangan masing-masing,” katanya.

 

 

 

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN