70 berentap untuk 30 jawatan CEC Dap - Utusan Malaysia

70 berentap untuk 30 jawatan CEC Dap

STEVEN SIM CHEE KEONG
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Seramai 70 calon akan berentap untuk merebut 30 jawatan di Pemilihan Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) Dap yang bakal diadakan pada 16 Mac ini.

Setiausaha Organisasi DAP, Steven Sim Chee Keong berkata, seramai 4,203 delegasi daripada 1,650 cawangan parti akan mengambil bahagian dalam pemilihan tersebut.

Menurut beliau, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim turut dijadualkan hadir ke Kongres Tahunan Dap.

“Pilihan raya CEC akan dijalan dan dipantau oleh pihak ketiga yang juga bebas. Oleh itu, kami yakin bahawa pilihan raya yang akan dijalankan ini akan berlaku secara bersih, adil dan telus,” katanya semasa sidang akbar di Ibu Pejabat Kebangsaan DAP, di sini.

Daripada 70 calon itu, antara pencara utama yang sudah membuat pengumuman rasmi adalah Lim Guan Eng, Loke Siew Fook, Nga Kor Ming, Chow Kon Yeow, Steven Sim, Lim Hui Ying, Ramkarpal Singh dan Gobind Singh Deo.

Malah, beberapa pemimpin wanita Dap turut mengambil peluang iaitu antaranya Hannah Yeoh, Kasthuri Patto, Vivian Wong, Teresa Kok, Teo Nie Ching, Yeo Bee Yin dan Young Syefura Othman.

Dalam pada itu, Steven Sim yang juga Menteri Sumber Manusia berkata, setakat ini hanya parti komponen Pakatan Harapan (PH) dijemput hadir ke kongres tahunan tersebut.

Mengulas mengenai pencalonan yang ditolak, beliau berkata, terdapat individu yang menarik diri secara sukarela.

“Selagi mereka mempunyai pencalonan daripada dua cawangan, mereka dibenarkan bertanding,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya