637 rakyat Malaysia jadi mangsa job scam sejak 2021

637 rakyat Malaysia jadi mangsa job scam sejak 2021

GAMBAR HIASAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Seramai 637 rakyat Malaysia dikesan Polis Diraja Malaysia (PDRM) menjadi mangsa jenayah penipuan pekerjaan di luar negara dalam tempoh Januari 2021 hingga 10 Mac lalu.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain, berkata, jumlah tersebut hasil daripada 489 laporan polis yang diterima oleh PDRM sepanjang tempoh sama di seluruh negara, termasuk daripada ahli keluarga mangsa.

Katanya, daripada jumlah itu, seramai 253 orang dilaporkan berada di Myanmar.

“Selain itu, seramai 153 orang dilaporkan berada di Kemboja, 79 orang di Laos dan 152 orang lagi di beberapa negara lain.

“Daripada jumlah itu, seramai 499 orang telah diselamatkan dan dibawa balik ke Malaysia, manakala baki 138 orang lagi masih terkandas di luar negara.

“Bagi mangsa yang berada di Myanmar, seramai 181 daripadanya sudah berjaya dibawa pulang setakat ini, manakala 72 lagi masih terkandas,” katanya kepada Utusan Malaysia.

Terdahulu, Razarudin dilaporkan berkata, seramai 26 rakyat Malaysia yang diselamatkan daripada sindiket penipuan pekerjaan di Myanmar, tiba di negara ini kira-kira pukul 2.30 petang, semalam.

Pada 6 Mac lalu, Kementerian Luar Thailand mengumumkan rancangan untuk menghantar pulang 1,500 individu yang di­selamatkan daripada sindiket penipuan di Myanmar setiap minggu.

Bulan lalu, seramai 15 rak­yat Malaysia adalah antara 260 warga asing yang diselamatkan daripada sindiket pusat panggilan di Myanmar.

Mereka berjaya dibawa pulang ke Malaysia pada 24 Februari dan diserahkan kepada PDRM bagi membantu siasatan.

Sebelum ini, media melaporkan siasatan PDRM mendapati 15 rakyat Malaysia yang menjadi mangsa penipuan tawaran kerja di Myanmar itu dipaksa bekerja sebagai scammer bagi pelaburan kripto, bitcoin dan love scam.

Razarudin dilapor berkata, siasatan lanjut turut mendapati kesemua individu terdiri daripada 12 lelaki dan tiga wanita berusia antara 21 hingga 45 tahun turut dipaksa menjadi juruteknik dan menggunakan telefon bimbit mereka bagi me­lancarkan urusan aktiviti peni­puan terbabit.

Katanya, kesemua mereka didapati berada di Myanmar sejak tahun 2023 dan 2024 selepas terpedaya dengan tawaran kerja di media sosial. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya