6 lelaki ditahan promosi kongsi gelap di Tiktok

6 lelaki ditahan promosi kongsi gelap di Tiktok

Ridzokumura
HUSSEIN OMAR KHAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Polis Diraja Malaysia (PDRM) memberkas seramai enam individu dipercayai terlibat mempromosikan diayah kongsi gelap di platform TikTok di sekitar Selangor, baru-baru ini. 

Kesemua tangkapan berusia 20 hingga 40 tahun itu ditahan dalam operasi khas dijalankan oleh Bahagian Kongsi Gelap, Perjudian dan Maksiat (D7) Kontinjen Selangor.

Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata, tangkapan membabitkan seorang suspek ditahan oleh Ibu Pejabat Polis (IPD) Daerah Klang Selatan; IPD Kajang (2); seorang di IPD Ampang, seorang di IPD Klang Utara dan seorang di IPD Gombak.

“Hasil siasatan dan tangkapan yang dilakukan mendapati tiga suspek tiada rekod jenayah manakala tangkapan di IPD Kajang mempunyai dua rekod jenayah.

“Tangkapan di IPD Klang Utara mempunyai tiga rekod jenayah dan tangkapan di IPD Gombak mempunyai 12 rekod jenayah serta satu rekod dadah,” katanya kepada Utusan Malaysia.

Menurutnya, sebanyak enam kertas siasatan dibuka mengikut Seksyen 47 Akta Pertubuhan 1966 atas kesalahan menyiarkan diayah pertubuhan yang menyalahi undang-undang dan Seksyen 43 akta sama atas kesalahan menganggotai pertubuhan haram.

Jelasnya, tangkapan di Kajang sudah dituduh di mahkamah mengikut Seksyen 43 Akta Pertubuhan 1966 manakala lima tangkapan lagi masih dalam siasatan.

“Tindakan mengesan individu lain yang mempromosikan kongsi gelap akan diteruskan dan pelaksanaan mekanisme operasi ini akan diteruskan dari semasa ke semasa di peringkat kontinjen. 

“Selain tindakan penguatkuasaan undang-undang, operasi ini juga untuk memberi kesedaran kepada masyarakat di mana terdapat individu yang ditangkap dalam operasi ini tidak mengetahui tindakannya mempromosikan kongsi gelap sebagai satu kesalahan yang lazim dan boleh ditahan,” katanya.- UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya