BACHOK: Seramai 58 anak yatim dan pelajar asnaf bersyukur kerana dipilih sebagai penerima lesen menunggang motosikal B2 secara percuma menerusi program amal korporat tahunan Akademi Memandu Amkist (Amkist) di sini, semalam. Seorang penerima, Muhammad Faris Pauzi, 17, berkata, pemberian itu membantu meringankan bebannya kerana tidak perlu membayar caj antara RM350 hingga RM450 untuk menduduki ujian sekali gus mendapatkan lesen menunggang motosikal. “Selepas ibu bapa berpisah, saya bersama tujuh adik beradik lain tinggal bersama datuk. Kos untuk mendapatkan lesen agak tinggi dan datuk tidak dapat menyediakan wang sebanyak itu kerana pendapatan…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya