57 ahli Parlimen tidak sokong mengkhianati usaha reformasi Parlimen

57 ahli Parlimen tidak sokong mengkhianati usaha reformasi Parlimen

ANWAR IBRAHIM - JABATAN PENERANGAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan tindakan 57 ahli Parlimen pembangkang yang tidak menyokong pindaan Rang Undang-Undang (RUU) Perlembagaan (Pindaan) 2025 sebagai mengkhianati usaha reformasi institusi Parlimen.

Setiausaha Akhbar Kanan kepada Perdana Menteri, Tunku Nashrul Abaidah berkata, perkara itu tidak mengejutkan kerana pihak sama pernah terlibat menyekat sidang Dewan Rakyat sebelum ini.

Katanya, Anwar menyampaikan penghargaan kepada ahli Parlimen yang memberi dukungan penuh kepada pindaan itu yang menjadi reformasi penting dalam memberikan kematangan kepada sistem demokrasi negara dan membuka ruang kepada Parlimen untuk menjalankan fungsi lebih bebas.

“Dengan dukungan penuh dua pertiga Ahli Parlimen, ternyata ia adalah bukti nyata betapa kukuh dan stabil Kerajaan Madani pimpinan Perdana Menteri.

“YAB Perdana Menteri juga menyifatkan tindakan 57 Ahli Parlimen pembangkang yang tidak menyokong pindaan ini telah mengkhianati usaha reformasi institusi Parlimen.

“Namun ini tidak mengejutkan memandangkan gerombolan yang sama juga telah merobek serta menginjak demokrasi Parlimen dengan menyekat sidang Dewan Rakyat sebelum ini,” katanya pada Taklimat Harian Pejabat Perdana Menteri.

RUU Perlembagaan (Pindaan) 2025 yang bertujuan mereformasi institusi serta penambahbaikan terhadap institusi demokrasi, diluluskan Dewan Rakyat semalam selepas 148 ahli Parlimen bersetuju, 57 tidak mengundi dan 17 yang lain tidak hadir.

Usaha itu membolehkan kerajaan mengembalikan dan menguatkuasakan semula Akta Perkhidmatan Parlimen. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya