5,000 anak Pahang terima baucar petrol, diesel pulang beraya

5,000 anak Pahang terima baucar petrol, diesel pulang beraya

WAN ROSDY WAN ISMAIL
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Seramai 5,000 anak perantau kelahiran Pahang menerima baucar petrol dan diesel bernilai RM50 sebagai bantuan kepada mereka untuk pulang ke kampung menyambut Aidilfitri.

Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata, inisiatif itu bertujuan meringankan beban rakyat negeri itu yang berada di perantauan serta memastikan mereka dapat pulang beraya bersama keluarga.

“Hari ini, kami menyerahkan baucar kepada 1,000 penerima pertama sebelum diagihkan kepada 4,000 yang lain.

“Tak banyak, tapi ini bukan soal nilai, sebaliknya tanda ingatan tulus ikhlas kerajaan negeri kepada anak-anak Pahang di perantauan,” katanya pada Majlis Penyerahan Baucar Moh Balik ke Pahang 2025 semalam.

Wan Rosdy dalam pada itu menyeru agar anak perantauan Pahang sentiasa menyokong pembangunan negeri itu.

“Saya menyeru agar semua anak negeri ini memberikan sokongan serta mendoakan kemakmuran negeri Pahang,” katanya sambil mengingatkan mereka yang pulang ke kampung kelak supaya berhati-hati ketika memandu di jalan raya.

Moh Balik Raya ke Pahang 2025 merupakan inisiatif kerajaan negeri Pahang bagi membantu anak-anak negeri itu yang ingin pulang beraya di kampung halaman.

Program yang merupakan penganjuran kali kedua ini menawarkan baucar petrol atau diesel bernilai RM50 sebagai bantuan perjalanan kepada 5,000 pemohon terawal yang memenuhi syarat kelayakan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya