4 termasuk seorang wanita didakwa miliki, edar dadah hampir 32 kilogram

4 termasuk seorang wanita didakwa miliki, edar dadah hampir 32 kilogram

TIGA daripada empat tertuduh (dua berbaju hitam dan seorang berbaju merah) dibawa ke Mahkamah Majistret Johor Bahru atas pertuduhan memiliki dan mengedar dadah.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Empat individu termasuk seorang wanita berdepan hukuman mati atas tiga pertuduhan memiliki dan mengedar pelbagai jenis dadah lebih 31 kilogram, awal bulan ini.

Tertuduh, K. Satish Kumar, 32, B. Letchumanan, 43, S. Pavatraj, 18, dan C. Lavanya, 30, mengangguk faham selepas pertuduhan dibacakan jurubahasa mahkamah di hadapan Majistret Atifah Hazimah Wahab.

Walau bagaimanapun tiada pengakuan direkodkan daripada kesemua tertuduh kerana kes itu berada di bawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi. 

Berdasarkan pertuduhan pertama, kesemua mereka didakwa bersama-sama mengedar dadah berbahaya jenis methylenedioxymethamphetamine (MDMA) dengan anggaran berat 31,900 gram di sebuah apartmen di Jalan Tebrau 1, Tebrau pada pukul 12.15 tengah malam, 5 Mac lalu.

Mereka didakwa di bawah Seksyen 39B (1) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 39B (2) akta yang sama dan dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati atau penjara seumur hidup dan dikenakan sebatan tidak kurang 15 sebatan, jika disabit kesalahan.

Bagi pertuduhan kedua dan ketiga, kesemua tertuduh didakwa memilikidadah jenis methamphetamine dengan anggaran berat kasar 13.50 gram dan  nimetazepam dengan anggaran berat kasar 2.20 gram pada hari, wakti dan tempat yang sama.

Mereka didakwa di bawah Seksyen 12 (2) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 39A (1) Akta yang sama dan dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara tidak lebih lima tahun dan dikenakan sebatan tidak kurang daripada tiga sebatan dan tidak lebih dari sembilan sebatan, jika disabit kesalahan.

Mereka juga boleh dihukum di bawah Seksyen 12 (3) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang memperuntukkan hukuman denda tidak lebih RM100,000 atau dikenakan hukuman penjara tidak lebih lima tahun atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

Mahkamah menetapkan 18 Jun depan sebagai tarikh sebutan semula kes. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya