39 pegawai kanan PDRM bertukar mulai 21 April

39 pegawai kanan PDRM bertukar mulai 21 April

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Seramai 39 pegawai kanan Polis Diraja Malaysia (PDRM) terlibat dalam pertukaran jawatan berkuat kuasa 21 April depan.

Setiausaha PDRM, Datuk Kamaruzaman Abdullah berkata, antara yang terlibat ialah Timbalan Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Azry Akmar Ayob yang dilantik sebagai Timbalan Ketua Polis Pahang.

“Jawatan Timbalan Ketua Polis Kuala Lumpur pula akan diisi oleh Timbalan Pengarah Siasatan/Perundangan Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk Mohamed Usuf Jan Mohamad.

“Turut bertukar ialah Ketua Penolong Pengarah E9, Cawangan Khas Bukit Aman, Datuk Aida Abdul Hamid yang dilantik sebagai Ketua Penolong Pengarah E6, Cawangan Khas Bukit Aman.

“Selain itu, Ketua Penolong Pengarah E3, Cawangan Khas Bukit Aman, Datuk Mohd Hairuddin Che Hamid akan mengisi jawatan Ketua Penolong Pengarah E7, Cawangan Khas Bukit Aman,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Menurut Kamaruzaman, Ketua Penolong Pengarah E6, Cawangan Khas Bukit Aman, Deputi Komisioner (DCP) Azhar Sepawi pula bertukar sebagai Ketua Penolong Pengarah E3, Cawangan Khas Bukit Aman.

Dalam pada itu, Ketua Penolong Pengarah (D5) Pendakwaan/Undang-Undang JSJ Bukit Aman, Datuk Mohamad Zainal Abdullah dinaikkan pangkat sebagai Timbalan Pengarah Siasatan/Perundangan JSJ Bukit Aman dengan memangku pangkat DCP.

“Sementara itu, Senior Asisten Komisioner (SAC) Abdul Latiff Mehat yang sebelum ini memegang jawatan Ketua Penolong Pengarah D14 Siasatan Jenayah Terancang JSJ Bukit Aman dilantik sebagai Timbalan Ketua Polis Johor dengan memangku pangkat DCP.

“Timbalan Pengarah (Kewangan/Perolehan/Kepolisan Am) Jabatan Logistik dan Teknologi Bukit Aman, SAC Shamsul Amar Ramli pula dilantik sebagai Timbalan Pengarah (Siasatan Jenayah Siber) Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman,” jelasnya.

Dalam pada itu, seramai 31 lagi pegawai kanan turut terbabit dalam pertukaran jawatan dengan sebahagian daripada mereka dinaikkan pangkat ke SAC, Asisten Komisioner Polis (ACP) dan Superintendan.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya