KUALA LUMPUR: Sebanyak 35,368 kes penipuan direkodkan Polis Diraja Malaysia (PDRM) sepanjang tahun lalu dengan jumlah kerugian kira-kira RM1.6 bilion yang meningkat kira-kira tiga peratus berbanding tahun sebelumnya iaitu sebanyak 34,495 kes dengan jumlah RM1.2 bilion. Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman, Datuk Seri Ramli Mohamed Yoosuf berkata, pihaknya menerima kira-kira 41,701 laporan kes komersial dan sebanyak 84.5 peratus daripadanya membabitkan jenayah penipuan. Katanya, sepanjang tahun lalu, sebanyak 24,388 serbuan dijalankan di seluruh negara. “Ia membawa kepada penahanan seramai 25,829 individu yang dipercayai terlibat dalam jenayah komersial, termasuk…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya